Thursday, 23 January 2014


Assalamualaikum
Kehadiran 2015 menjadi titik bersejarah dalam hidup kita dimana negara sering kali ditimpa musibah atas kesalahan dan dosa yang kita lakukan. Marilah sama sama kita menginsafi dan menjadi iktibar dalam diri kita supaya rasa keinsafan dan ketaatan pada yang maha kuasa akan bertambah-tambah.

Amalan Untuk dikongsi :

Fadhilat Bismillah 6

Berikut ni adalah beberapa kelebihan atau khasiat ‘Bismillah Enam’ ;
  1. Penerang hati.
  2. Meluaskan rezeki.
  3. Air laut boleh menjadi tawar.
  4. Terselamat dari karam di laut.
  5. Makbul segala hajat dan cita-cita.
  6. Menghindari dari segala penyakit.
  7. Penawar belbagai jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ikan, kala jengking dan ular.
  8. Penawar segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, hempedu katak dan sebagainya.
  9. Terpelihara daripada fitnah dan bahaya musuh atau seteru.
  10. Beroleh kejayaan dan meraih kemenangan dalam peperangan.
  11. Terselamat daripada dibunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
  12. Jika di tiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  13. Menjadi selusuh kepada perempuan beranak.
  14. Jika dibaca pada minyak dan air pada malam Jumaat 3 kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  15. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari, nescaya mendengar.
  16. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali, InsyaAllah lari iblisnya.
  17. Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
  18. Dibaca di tempat yang suci, nescaya dapat melihat makhluk halus (jin, syaitan dan sebagainya)
  19. Terselamat daripada binatang buas.
  20. Memelihara tanam tanaman daripada binatang-binatang.
  21. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah bendang, nescaya terselamat daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  22. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari, nescaya akan terselamat dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  23. Segera dibebaskan daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  24. Dibaca di malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.
    

Geliga mani gajah yang sudah matang dan sudah di zikirkan...susah sangat nk buat , sebab zikir dia panjang. Kalau tak sabar boleh tertidur. Kemudian buntat ikan yang cantik, tapi keindahan dalam pic ini x nampak langsung, tapi memang syahdu memandangnya, sesuai dibuat batu cincin oleh pemancing. Item berikutnya ialah geliga semut merah, nak dapat mungkin 10 tahun sekali kot, bergantung kepada rezeki. Besi kuning semua orang tahu kegunaan nya dan akhir sekali geliga delima yang mana bila kita rendam dalam air, batu akan tukar warna dulu dan kemudian baru lah air akan bertukar warna. Barang ini semua 100% ori dan boleh datang untuk menguji keasliannya. Spesial promotion ini terbuka sementara Stok masih ada.

RM4K

(yang x leh baca tue besi kuning- Sold Out)
Nak beli 1 persatu pun boleh....whatApp   kay...hanya yang berhak akan memilikinya






Ada satu lagi penambahan Item, Sesiapa yang berminat untuk memiliki burung cenderawasih ori, harga sekitar RM 80K nego tipis. boleh la menghubungi dengan kadar segera.

ASSALAMUALAIKUM

Al- Fatihah
Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca , 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
'Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.

'Apabila dia membaca, 'Yang menguasai Hari Pembalasan.'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.' lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah pasrahkan segala urusannya kepada-Ku.'

Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau beri nikmat (iman) ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.' "

(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)


Wednesday, 16 October 2013

DOA KELUARGA BAHAGIA

Jika sayang masih ada tetapi kasih sudah pudar, apa kata kita cuba amal-amalkan doa yang saya petik dari Jakim. Ini adalah antara ayat yang boleh diamalkan bagi mengekalkan perasaan cinta dan kasih sayang pasangan kita hanya untuk kita sahaja.

[QS3:31] Qul in kuntum tuhibbu-na Allaha fattabi ‘u-ni yuhbibkumullahu wayaghfir lakum dzunu-bakum waallahu ghafu-run rahiim.

Terjemahannya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah ali-Imran, 31)

Hendaklah diamalkan ayat di atas dengan membacanya sehingga akhirnya dan diniatkan selepas membaca supaya hubungan suami isteri atau keluarga rapat dan bahagia serta aman damai. Wallahu ‘alam.

Tuesday, 7 May 2013


SALAM
POHON SUMBANGAN UNTUK MENYIAPKAN PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR SOLOK BINJAI, PANGKALAN BALAK
KOS BINAAN RM700K

CIMB ISLAMIC: 04040000135108


KETERANGAN LANJUT HUBUNGI UST RAJAB 012 : 6417300

Item Pertama - Geliga Lipan




1. Geliga Lipan (separa matang)
2. Buntat siput (sepasang)
3. Raja kayu

HARGA PENGENALAN : RM 375.00
SOLD OUT

TN AZIM TAIPING

Geliga lipan nie macam biasa la , semua orang dah tahu khasiat dia.
Kalau nk tembus pandang rajin2 la berzikir.
Kemudian kena Iklas memaharkannya.
Buntat siput simpan kat batu permata yang dah sedia ada untuk kekalkan aura dan akhir sekali raja kayu.
Kalau ada yang histeria guriskan, bakar ckit, kemudian bagi yang histeria tue bau dia.
Insyallah Jin dan Binatang buas x suka bau dia .


Wednesday, 3 April 2013



Menurut pandangan perguruan yang mendapat buntat ini, buntat kelapa ini tidak boleh di cabut paksa dan perlu di ritual kan selama 3 hari. Sekarang ada dalam simpanan saya. 

Sunday, 31 March 2013


JIN 

Apa yang kita faham mengenai JIN ? : Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat. Bolehkah Jin ditangkap? dipenjarakan? Dibunuh?

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya :-

Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.

Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk  api yang menyala-nyala atau Maarij )

Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.

Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah).

ASAL KEJADIAN JIN

Keterangan "Al-Maarij "

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan. Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.
Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.
Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.
Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.



Tuesday, 12 March 2013






KEM AKAN DATANG..NANTIKAN



KEM SIRI 1 AMBILAN 4

Tempat : Kem Kemensah, Ulu Klang, Selangor.
Tarikh : Belum Ditentukan
Tarikh Tutup Pendaftaran : Belum Ditentukan